Wednesday, August 9, 2017

Tawakkal Bila Berniaga



Setelah menjinakkan diri dalam perniagaan, saya dapati ia satu pekerjaan yang betul-betul meletakkan tawakkal kepada Allah yang sangat tinggi. Maklumlah sekian lama makan gaji, hanya tahu setiap hujung bulan pasti wang masuk ke dalam akaun. Namun bila berniaga, setiap hari menagih usaha dan selebihnya menyerahkan kepada Allah atas rezeki yang diterima pada hari-hari yang dilalui.


Saya suka melihat perniaga-perniaga kecil di sepanjang jalan, lorong-lorong atau pasar-pasar. Sesuatu yang menarik perhatian saya, bukan barang yang dijual, tetapi si penjual. 

Dari raut muka mereka ada kesungguhan, ada tanda-tanda tawakkal yakni meletakkan rezeki mereka pada hari itu hanya kepada Allah. Hendak pula perniaga-perniaga tersebut yang terdiri dari golongan warga emas wanita.

Sebenarnya melihat wajah-wajah mereka lebih membuat saya rasa simpati. Namun saya sedar kalau orang-orang yang berminat berniaga, mereka tetap melakukannya dengan pelbagai sebab musabab.

Hakikatnya, berniaga ini sunnah nabi. Dan disebut-sebut 9 daripada pintu-pintu rezeki. Berniaga perlu berhati kental. Harap kita melakukan dengan niat yang betul dan dengan cara yang diredhai Allah.




No comments:

Related Posts with Thumbnails