Tuesday, February 14, 2012

Tanah Suci dan Alhamdulillah!

Tanah Suci

Dua tanah suci Mekah dan Madinah sentiasa dirindui. Ia terus mengamit untuk kembali datang bertandang. Sukar difahami erti kerinduan tersebut, tetapi ia satu rasa yang sentiasa menjengah.

Bagi saya ia satu tempat yang membuatkan saya lupa segala perihal masalah yang dihadapi dan apa jua keresahan adalah sesuatu yang sangat kecil. Dan apa jua yang bersangkut-paut dengan keinginan dunia berkubur entah di mana. Sungguh menghairankan. Yang tinggal hanyalah menikmati masa, ruang dan kelapangan yang sedang dilalui.

Dan itulah satu perkara yang sukar diceritakan.

Apabila saya diuji dengan beban masalah yang saya rasakan berat, setiap kali itu saya teringat tanah suci. Saya ingin berada di bumi yang telah dipilih Allah itu. Ingin berdoa di sana. Ingin menatap Kaabah.

Sekarang pula musim orang menunaikan umrah. Malah ramai yang bakal mengunjungi ke dua tanah suci itu. Aduhai…Mereka buat saya cemburu!

Alhamdulillah!

Perkara yang saya paling suka ialah melihat mereka gembira.

Bila tiba musim memberikan keputusan individual performance, wajah-wajah yang tersenyum ceria dan malu-malu sangat mengujakan sebaik saya menghulurkan keputusan masing-masing.

Mereka orang-orang yang berpendidikan tinggi. Dan mereka jua mempamerkan sikap yang sangat sopan dan penuh santun dalam situasi yang sebenarnya sangat mencabar buat saya. Aduhai…Saya tak pandai.

Namun apa yang telah berlaku adalah pengalaman yang sangat saya hargai. Wajah-wajah yang mampu dan mahu tersenyum di hadapan saya itu, itulah impian saya yang tak pernah tertulis di mana-mana.

Alhamdulillah!


0 comments:

Related Posts with Thumbnails