Menulis tema seperti ini mengundang banyak perkara yang mungkin disalah mengertikan. Ia mungkin hanya apa yang difikirkan, tetapi kesan kepada khalayak itu membuatkan kerap saya berfikir panjang. Antara apa yang dikatakan oleh orang lain dan apa-apa yang membuatkan rasa takut atas tanggungjawab tentang apa yang telah ditulis.Bercerita tentang kebaikan, dari satu aspek dikatakan menunjuk-nunjuk, riak dan sebagainya. Bercerita tentang saranan atau apa-apa yang unsurnya nasihat, ditakuti pula gagal untuk melakukan apa yang telah dinyatatan itu. Malah diri ini dianggap pula bersikap sangat tahu.
Nyata, itu semua antara dilema dalam menulis. Dan bila difikir kembali, amat benar soal hati hanya Allah yang mengetahui. Maka apa yang dinilai oleh manusia itu cuma anggapan-anggapan sahaja. Tidak semestinya benar. Sedang kita melakukan atas-atas sebab yang menjadi nilaian hanyalah di sisi Allah. Dan si penulis hanyalah penulis biasa yang sering melakukan khilaf.
Namun…
Saya sangat sering teruja melihat para pembaca datang ke blog ini kerana mencari terjemahan surah-surah tertentu. Walau yang ditulis hanya beberapa potongan ayat sahaja, namun teknologi ini membawa mereka ke sini.
Allah menilai perkara sebesar-besar perkara sehingga sekecil-sekecil perkara hatta sebesar zarah sekalipun. Saya hanya memohon dan mengharapkan perkara itu jua adalah pelaburan buat saya di akhirat kelak.
Kepada Allah saya mohon ilham yang baik.
0 comments:
Post a Comment