Apabila saya diberitahu kad kredit yang saya hulurkan tidak dapat digunakan, saya sedikit pelik. Kad kredit memenuhi syariah yang baru saya dapatkan itu sungguh menguji ketenangan saya. Sedang saya dalam perjalanan ke Hong Kong.
Setelah menghubungi pihak bank, saya diberitahu bahawa kad tersebut dihentikan penggunaan sebab saya tidak membayar yuran pendahuluan RM50 untuk kad yang tidak pernah saya gunakan!
Walhal saya telah memaklumkan pihak bank bahawa sebarang bayaran boleh dibuat potongan menerusi akaun bank yang saya juga ada di sana. Borang juga telah saya isi.
Saya sungguh rasa kesal. Kesal kerana dalam keadaan saya begitu memerlukan kad kredit, ia tidak langsung membantu. Bagaimana keadaan saya di sana nanti. Hendak buat sesuatu pun sukar sebab saya sudah pun dalam perjalanan. Bagaimana keadaan saya nanti?
Saya berfikir-fikir mencari jawapan. Oleh kerana hujung minggu, pihak bank ( customer service ) yang saya hubungi tidak dapat membantu.
Saya sungguh kesal.
Akhirnya tiada apa lagi yang boleh saya lakukan lagi. Sekadar menghantar e-mail kepada pihak bank supaya memberi bantuan segera. Hingga kini e-mail saya tidak lagi berjawab. Nak buat panggilan, bayaran pasti mahal sebab saya kini sudah pun berada di luar negara.
Maka saya terpaksa melakukan perbelanjaan terhad. Hanya bergantung kepada penggunaan debit card yang jumlah wang di dalamnya tidaklah begitu banyak.
Ini antara dilema yang sering saya dengar. Malah bila berlaku kepada saya, antara sabar dan redha dengan urusan yang kurang cekap itu.
Saya telah mengubah segala urusan kewangan kepada patuh syariah. Dalam kata lain kad kredit konvensional yang saya pernah miliki, saya tamatkan kerana tidak mahu terlibat dengan unsur-unsur riba.
Kad saya dahulu sangat mudah dan diterima di mana-mana negara yang saya pergi. Kini bila saya ubah, pengalaman pertama yang sangat membuatkan saya panik ini, menguji niat saya yang asal.
Sehingga teman saya sendiri membuat pernyataan bahawa dia mengekalkan penggunaan kad konvensional sebab memang mudah dan tak pernah beri masalah. Dan saya tidak memberi sebarang komen.
Cuma saya harap, mana-mana pihak jangan terlalu mengambil mudah urusan yang melibatkan orang lain. Mungkin perkhidmatan kita berdasarkan tuntutan syariah, namun kita ada juga terikat dengan tuntutan kemanusiaan. Jangan sampai pula kita menzalimi orang lain.
Bila orang islam memilih perkhidmatan patut syariah sebab tuntutan agama kita begitu, pihak yang memberi perkhidmatan pula jangan pula tidak mementingkan kecekapan pengurusan.
Ya…orang islam ada sabar dan redha, tetapi kita juga ada amanah untuk menjalankan perkhidmatan kita cekap dan tidak menyusahkan orang lain.
Perkhidmatan patut syariah perlu bersaing dengan perkhidmatan yang tidak patuh syariah secara sihat. Jika mereka mampu menyediakan perkhidmatan yang tidak menyusahkan pelanggan, sepatutnya, kita pihak yang sangat mementingkan amanah lebih-lebih lagi. Sebab setiap apa yang telah kita lakukan semuanya menjadi nilaian di sisi Allah kelak.
Hari ini saya bakal pulang ke tanahair. Sudah berfikir untuk bertemu pihak yang berkenaan dan mengharapkan mereka dapat melakukan sesuatu. Jika bukan kepada saya, untuk pelanggan-pelanggannya yang lain.
Saya juga berfikir, kita umat islam perlu sangat untuk maju dan cekap dalam apa jua urusan. Perlu menyaingi pihak bukan islam.
Harapan saya, moga kita tak dipersalahkan apabila umat islam lain memilih perkhidmatan tidak patut syariah sepertimana yang telah dipilih oleh dinyatakan teman saya itu kerana kita umat islam menyediakan perkhidmatan yang tidak cekap dan menyusahkan pula.

0 comments:
Post a Comment