
Lemah-lembut adalah antara sifat-sifat yang terpuji. Ia mengundang kebaikan dan menggamit rasa kasih-mengasihi. Dan Rasulullah telah mempamerkan sikap lemah-lembut yang sangat elok sehingga ia berupaya membuat orang lain sangat mencintai kepadanya.
Jika kita bukan dari golongan sebegini, perlu diusahakan serta banyak berdoa agar sifat lemah-lembut itu menjadi sebahagian dari sikap kita sendiri.
Mudah-mudahan kita berupaya menjalani hidup ini penuh dengan rasa saling mengasihi. Dan dijauhi dari segala keburukan. Paling utama mencontohi sikap Rasulullah. Kekasih yang dicintai Allah ini.
Selawat dan salam kepada junjungan yang mulia, Rasulullah SAW.
‘Orang yang dijauhkan daripada sifat lemah-lembut, maka ia dijauhkan daripada kebaikan’ ~ Hadis Riwayat Muslim
‘Orang yang dijauhkan daripada sifat lemah-lembut, maka ia dijauhkan daripada kebaikan’ ~ Hadis Riwayat Muslim
Surah Ali-Imran ayat 159
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.
Sesungguhnya sifat lemah lembut itu berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya ( dengan kebaikan ). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut daripada sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk ~ hadis riwayat Muslim.
Peringatan buat diri saya sendiri jua.
0 comments:
Post a Comment