Friday, January 13, 2012

Jika Tak Suka, Pilih Untuk Diam Sahaja

Manusia yang serba tak sempurna ini, punya penilaian tersendiri. Ada perkara kita suka dan ada jua perkara yang tidak kita sukai. Ada perkara yang kita senangi dan ada jua perkara yang tidak kita senangi. Ada orang yang kita suka dan ada jua orang yang kita sedikit tidak selesa dengan mereka.

Suka atau tidak suka, tergambar dari riak ekspresi serta tindakan kita. Kata lain bahasa tubuh kita. Bila suka tiada masalah. Reaksi kita sangat positif. Bagaimana pula dengan perkara yang tidak kita sukai?

Untuk menjaga hati banyak pihak, ketidaksukaan kita mesti disembunyikan. Sebagaimana Rasulullah menunjukkan contoh apabila dia tidak menyukai satu makanan, dia meninggalkannya. Tidak sesekali menghina. Tetapi sikap kita amat berbeza. Mencela makanan menjadi kebiasaan. Bila tidak suka, kata-kata celaan seakan meluncur laju. Astagfirullah…

Bila ada perkara yang tidak sukai, yakni kita tidak hak atas perkara tersebut, maka pilihan yang kita ada cuma diamkan diri sahaja. Tidak perlu disuarakan. Kerana untuk menjaga hati orang lain dan memelihara mulut sendiri melakukan perkara-perkara yang membuatkan orang lain terluka.

Ini terutamanya jika perkara yang kita tidak sukai tersebut tiada kaitan dengan kita. Bukan hak kita. Bukan sesuatu yang bersangkut-paut dengan kita.

Contoh kita tidak suka kepada sesuatu makanan, maka bila orang lain menyukai makanan tersebut, kita diamkan sahaja. Kenapa perlu mengatakan mereka yang menyukainya. Begitu jua bila kita tidak suka genre buku-buku tertentu, kita tak perlu mengutuk orang lain yang menyukainya. Misal yang lain pula, jika kita bertandang ke rumah orang lain, untuk sesuatu yang kita tidak sukai, apa hak kita untuk menyakiti hati mereka dengan mulut serta tingkah-laku kita itu.

Dan banyak lagi contoh perkara-perkara yang mungkin kita tidak sukai, ironinya kita tak perlu menyatakan kerana kesannya lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.

Dalam banyak hal, mendiamkan diri banyak mendatangkan kebaikan. Jika tidak suka, diamkan sahaja. Jaga hati dan perasaan orang lain. Buat tindakan yang bijak , yang paling penting jagalah hubungan sesama manusia. Janganlah sampai kita melukakan perasaan orang lain dek disebabkan kegagalan kita mengawasi kata-kata yang keluar dari mulut kita ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails