Thursday, January 19, 2012

Cita-Cita

Selain dari sebab musabab kenapa manusia bekerja adalah untuk mencari rezeki buat kehidupan sendiri dan juga keluarga, mereka ada jua sebab-sebab yang lain. Ramai yang turut meletakkan cita-cita, aspirasi dalam karier sebagai perkara yang memenuhi kepuasan diri. Ini dunia profesional mereka.

Berhadapan dengan orang yang berkelulusan tinggi serta bijak pandai, saya mendapati ia bukanlah perkara yang asing. Ramai punyai keyakinan yang tinggi serta miliki cita-cita tertentu dalam bidang yang mereka ceburi.

For my profesional….’ Saya termanggu-manggu. Wah! Cita-cita yang membuatkan saya kagum. Oleh kerana sudah mengenali individu tersebut sekian lama, maka itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Umumnya, dunia profesional bagi kebanyakan lelaki adalah perkara yang penting bagi mereka. Oppss…segelintir wanita juga.

Beberapa individu juga secara terang-terang serta penuh keyakinan menyatakan aspirasi dalam bidang profesional yang mereka kuasai ini. Mereka punyai visi tersendiri. Yang pasti bukan visi yang pernah saya fikirkan.

Saya terfikir…apa yang dicari dalam hidup ini? Emmm….

‘I feel rewarding!’ jawapan ringkas betapa itulah kepuasan saya dalam karier yang diceburi. Melihat perkembangan positif insan-insan di sekeliling saya, semakin berkeyakinan, aduhai… itulah yang sangat membahagiakan. Biarpun apa yang dilakukan semua itu atas dasar amanah ke atas diri saya.

Namun secara peribadi, saya mahu ia juga punya nilai ibadah di sisi Allah. Harap-harapnya ianya begitu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails