Friday, July 8, 2011

Amsterdam-Brussels-London ( Jalan-Jalan Eropah 9 )



Kincir angin yang lebih moden. Menjadi mercu tanda bumi Holand. Semakin jauh kami tinggalkan. Mudah-mudah kembali bertandang, jika diizinkan-Nya.



Ini pula mercu tanda Belgium. Katanya tak sah kalau tak ke sini kalau sampai di Belgium. Atomium. Saya harap betul ejaannya. Struktur atom. Sukar nak menelah apa kaitan semua ini dengan negara itu.



Di tengah-tengah bandar Belgium. Di sini komuniti islam lebih ramai. Di mana-mana ada sahja orang bertudung seperti saya. Menurut pemandu, European Union berpusat di sini. Entahlah...saya kurang info tentang hal tersebut.





Kami singgah di sini untuk makan tengahari. Lepas makan beli sedikit cenderahati.



Coklat antara yang mesti dibeli. Saya borong juga. Banyak lagi outlet-outlet coklat di sekitar kawasan ini.



Menuju ke London, kami menaiki Eurostar. Keretapi yang katanya melalui kawasan dasar laut. Ketika pemeriksaan emergresen, saya ditanya kenapa nama saya ada 'binti'. Saya nyatakan binti bermaksud 'daughter of ....'. Alhamdulillah...perbualan kami berubah lebih mesra.




Dah sampai ke London.




Oklah....berehat dahulu. Check-in hotel dahulu dan jalan-jalan besok sahaja. Penat betul!


No comments:

Related Posts with Thumbnails