Tuesday, June 28, 2011

Jejak Kaki Di Frankfurt ( Jalan-Jalan Eropah 2 )

Sebaik mendarat di lapangan terbang Frankfurt, ucapan Alhamdulillah meluncur seraya saya meraup wajah yang keletihan namun sangat teruja. Apa tidaknya, rancangan saya yang tertangguh sekian lama, kini tercapai. Menjejak juga kaki ini di benua Eropah.

Saya dan teman selalu mentertawakan diri kami. Kerap dijadikan bahan gurauan sesama sendiri. Kami yang berasal dari ceruk ulu kampung kini dengan izin Allah melawat negara orang. Aduhai…apa yang berlaku dimasa depan sukar sekali ditelah. Alhamdulillah…rezeki Allah. Itu semua dalam urusan Allah jua. Bertanya jua saya, masih sukarkah lagi untuk menjadi hamba-Nya yang tahu bersyukur? Masih mempertikaikan atau mengungkit-ungkit tentang satu kekurangan, sedang nikmatnya sudah tak termampu nak dikira lagi.

Ampunkan kami ya Allah. Bukakanlah mata hati ini agar kami mampu melihat semua yang Kau tulis ini dengan penuh yakin dan redha.





Cuaca di Frankfurt tenang sahaja. Musim panas baru sahaja bermula. Namun buat saya yag alah sejuk ini, masih terasa sejuk yang mengigit-gigit.
Wakil travel agent telah pun menunggu kami. Sepanjang perjalanan nanti, kami bakal menaiki bas. Maka bas dan pemandu akan turut menjadi sebahagian dari ahli rombongan juga.

Seperti tiada rehat, kami terus dibawa melawat beberapa tempat yang menarik sebelum melabuhkan diri di bilik hotel. Dengan tidak mempedulikan keadaan diri yang tidak mandi pagi, Oppsss…kami bergambar sakan jua.


‘Aisey….sebijik macam kat Europelah’ usik saya.



‘Hah! Memang pun kita kat Europe ni…’ jawab yang lain dan disambut hilaian ketawa ahli rombongan yang lain. Semua gembira dan ceria.


Pendekkan cerita, jom tengok gambar-gambar….




Bunga-buga segar yang menghiasi kebanyakan rumah menarik perhatian kami. Saya pula paling suka bunga.




Binaan-binaan unik jelas ada kelainan.

Pelajar sekolah. Macam ada aktiviti merentas desa.



Aktiviti masyarakat pada pagi itu.







Heidelberg. Satu bandar tercantik di German.





Di sini ada banyak geraigerai kecil menjual cenderamata. Saya juga tidak berkecuali.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails