Mencari Ketenangan Jiwa adalah hasil tulisan K.H. Abdullah Gymnastiar ( 2010 ). Secara umum, bagus buku ini. Walaupun tidak begitu tebal, tapi setiap isi dikupas dengan menarik sekali.
Berikut beberapa perkara yang ingin saya kongsi.
Rasulallah SAW telah bersabda yang bermaksud;
‘ Apabila Alllah menginginkan kebaikan bagi seseorang, maka dia diberi pendalaman dalam ilmu agama’ ~ Riwayat Bukhari
Penulis menulis perihal hidayah yang perlu diusahakan. Tiap-tiap sesuatu sepadan dengan ketahanan kita. Persoalan yang ditanya, adakah kita merindui hidayah itu atau tidak? Bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh mencari hidayah itu, pasti Allah SWT akan memberikan jalan.
Surah Al-Ankabut ayat 69;
‘Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, maka akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat ihsan.’
Betapa hidup di dunia ini hanya sementara. Tapi sayang, ramai yang tidak menyedari bahawa kematian itu boleh datang setiap saat.
Surah Al-Araaf ayat 34;
‘Dan setiap umat mempunyai batas waktu ( ajal ), maka apabila telah datangajal mereka, makamereka tidak akan dapat mengundurkannya sesaat pun dan mereka tidal pula memajukannya.’
Secara umumnya, buku ini meliputi permasalah dari segala aspek kehidupan. Ia mengajar kita menangani dengan langkah-langkah yang membawa kepada ketenangan jiwa.
Surah Ar-Rad ayat 28;
‘(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.’

Nota Hati Seorang Lelaki ditulis oleh Sdr Pahrol Mohd. Juoi ( 2009 ). Cara penyampaian yang ringan dan berbentuk penceritaan memberi sedikit kelainan. Sangat menarik dan tak membosankan. Dalam waktu yang sama isi yang cuba disampaikan mudah difahami.
Saya ingin menitip salah satu nota yang terdapat dalam buku ini. Nota 6: Belajar Daripada Siti Hajar.
Mengenali Siti Hajar, kita diketemukan kehebatan seorang wanita yang patuh kepada Allah dan setia kepada suami. Hebat!
Beliau wanita yang berkulit gelap. Wajahnya tidak secantik madunya Siti Sarah. Menjaga seoranga nak bernama Ismail. Wanita yang biasa-biasa sahaja. Tetapi beliau luarbiasa. Luarbiasanya terletak kepada….
Hatinya.
Siti Hajar diuji dari pelbagai dimensi. Emosinya diuji dengan hidup bermadu. Fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir. Akalnya diuji dengan ikhtihar hidup tanpa bekalan. Jiwanya diuji dengan tawakkal, sabar dan sangka baik kepada Allah dan suami.
Ini mengingatkan buku mengenai Bonda Siti Hajar. Saya sendiri hampir menangis membacanya. Seakan terbawa-bawa emosi seorang wanita yang ditinggalkan sendiri bersama anaknya di tengah padang pasir yang panas dan kering kontang itu. Namun tawakkal sangat hebat.
Ya hebat…tawakkal yang perlu ada dalam setiap diri wanita.
Akhirnya, bacalah buku ini. Semua ceritanya penuh dengan makna hidup yang tersurat dan tersirat.
0 comments:
Post a Comment