Wednesday, December 22, 2010

Notis Pemberian Buku Secara Percuma

Assalamu'alaikum wbt;

Kepada Para Pembaca Budiman,

Kepada sesiapa yang pernah membaca catatan tentang buku-buku yang telah saya tulis di ruang blog ini dan berhajat mendapatkan mana-mana buku tersebut, anda boleh menghubungi saya menerusi e-mail atau laman facebook.

Insya-Allah, saya akan poskan terus kepada anda. Namun ia bukanlah buku baru, tetapi buku milik saya yang telah saya baca.

Setiap pemberian adalah percuma. Namun begitu, buat permulaan saya cuma menghadkan 3 buah buku sebulan sahaja. Ini adalah kerana saya mahu memastikan saya boleh melakukan perkara ini dalam keadaan saya punyai komitmen yang lain juga. Insya-Allah jika ada permintaan, saya akan tambah bilangannya di masa hadapan.

Senarai buku percuma untuk bulan Januari akan dipapar nanti. Nantikan.

Berkongsi buku, berkongsi ilmu!

Wassalam…

3 comments:

Anonymous said...

murninya usaha anda..idea yang menakjubkan..

Citratus said...

Terima kasih. Sekadar menceduk sikap masyarakat barat yang suka memberikan buku yang telah mereka baca kepada orang lain. Atau mereka tinggalkan di tempat-tempat yang mungkin memerlukan.

leza sweet said...

Assalamualikum ...best la baca cerita yg di tulis oleh cik citra ciratus...semakin saya baca,semakin minat untuk saya terus menbaca cerita dalam blog ne...berkongsi pengalaman dan idea menbuat kan kita lebih berpegatahuan..mengenal dunia yg luas dan indah ini...sekiranya ada terluang boleh le lawat blog saya juga dan berkogsi pendapat...serta ceita-cerita menarik di tempat kita juga...sekian..kelemahan hanya lah dari diri saya sendiri...

Related Posts with Thumbnails