Monday, November 8, 2010

Alahai Tudung!

Ada yang mentertawakan saya apabila melihat saya memakai tudung fesyen Syria. Saya seperti biasa, terima usikan yang mengatakan saya kelihatan seperti mak aji lah, macam indon lah dan macam Yuna la dan macam-macam lagi, dengan hati yang terbuka. Saya tak mementingkan sangat nampak cun atau tidak. Yang penting kemas dan bersih. Itu je. Satu lagi pakaian yang selesa dan kemas mengundang keyakinan bila berhadapan dengan orang lain.


Tudung Syria. Terletak kemas dimuka.


Seperkara lagi saya dapati memakai tudung syria ini macam pakai telekung. Kemas dan terletak elok di muka. Tutup dagu sepenuhnya. Jadi tiada aurat yang terbuka lagi. Kadang-kala bahagian ini kita terlupa bahwa ia termasuk dalam kategori aurat juga. Bila solat tahu pulak untuk kita tutup bahagian dagu ini. Emmm…


Tudung Syria yang bercorak.



Secara peribadi saya rasa tudung jenis macam ni sesuai dibawa solat. Bila solat, saya boleh sujud penuh. Tak seperti tudung yang keras dihadapannya. Bila sujud, seperti terhalang sebab ada ‘topi’ yang keras tu. Jadi rasa solat macam tak sempurna sahaja.


Fesyen tudung pilihan sekarang.


Pernah jadi kepada saya, waktu sujud saya rasa terganggu. Sejak itu saya merasakan tudung seperti itu tak sesuai dibawa solat.


Bahagian hadapan yang keras itu menyukarkan bila sujud.

Tapi jenis-jenis tudung yang biasa dipakai tu juga sesuai dibawa solat. Maksud saya tudung kain empat segi atau selendang panjang tu. Asalkan tidak jarang dan tidak terlalu pendek.

Selalunya ketika bermusafir, saya membiasakan diri solat tanpa memakai telekung. Bila dicuba beberapa kali ternyata ia amat membantu dan memudahkan. Tapi dengan syarat, pakaian yang dipakai menutup aurat sepenuhnya dan longgar. Paling selesa jubah labuh atau jubah berseluar. Ini termasuklah memakai stokin yang tidak jarang.

Tudung empat segi yang juga famous. Tapi dah jarang-jarang orang pakai. saya masih lagi pakai.


Yang ini saya paling suka.


Saya pernah terdengar dan juga ada membaca, bahawa pakaian seorang wanita islam itu adalah seperti mana ketika ia bersolat. Itulah benchmarknya. Bila difikir secara mudah, pemakaian telekung itu bukan satu kemestian untuk solat. Maka jika seorang wanita memakai pakaian yang memenuhi ciri-ciri penutupan aurat, ia juga boleh dibawa solat tanpa memerlukan telekung lagi.

Sebagai contoh, saya tak pernah lihat ustazah yang mengajar kami pakai telekung. Walaupun setiap kali kami bersolat jemaah dengan dia menjadi imamnya.Dengan pakaian yang dikenakan, dia dah tutup aurat dengan lengkap. Mudahkan.

Paling elok.


Berbalik kepada kisah tudung. Isu fesyen tudung yang terlalu dipelbagaikan mengundang bermacam pandangan dan pendapat. Lalu keluarlah isu mempersoalkan pemahaman kaum wanita tentang pemakaian tudung. Tutup aurat ke …. bungkus aurat?

Apapun saya tak berniat nak mengupas hal ini. Cukuplah diri kita mampu membezakan dan memahami peranan tudung untuk menutup aurat. Bukan lagi untuk berfesyen atau bukan lagi sekadar pelengkap pakaian. Pilih dan pakailah yang menepati ciri-ciri menutup aurat.

Sesungguhnya ia juga peringatan buat diri saya sendiri.

Alahai Tudung!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails