Monday, December 14, 2009

Keropok Lekor Seberang Takir

Terletak di Seberang Takir, Kuala Trengganu, jalan menuju ke Airport. Gerai yang menjual keropok lekor ini amat terkenal. Terserlah dengan keseluruhan gerai dicat biru. Apabila saya berada di Kuala Trengganu, gerai ini antara yang saya kunjungi apabila ingin membeli keropok lekor.

Gambar ini dirakam oleh rakan saya yang teruja melihat proses membuat keropok lekor menggunakan mesin. Maklumlah orang luar dari Trengganu. Sebenarnya saya juga kagum, tapi control sikit. Maklumlah konon-kononnya dah jadi orang Trengganu dan dah biasa tengok. Hehehe..

Dari segi kualiti, saya berpendapat bagus. Sedap. Boleh dimakan terus selepas direbus. Boleh juga selepas digoreng. Saya tak biasa juga makan yang direbus, tapi kini dah boleh menyesuaikan diri.

Peminatnya cukup ramai. Kalau beratur panjang tu...biasa lah tu. Yang penting dapat membeli dan merasa.


Menggelek keropok lekor menggunakan mesin. Jadi lebih cepat. Sudah pasti dapat memenuhi permintaan yang tinggi.

Proses merebus masih sama. Cuma guna kipas. Cepat api marak.

Paling saya suka tengok pekerjanya memakai baju kurung dan bertudung. Satu pandangan yang biasa di Trengganu dan Kelantan. Maksud saya yang berkerja di pasar-pasarnya.

3 comments:

Anonymous said...

aduh haiii rindunye dengan keropok lekor.... pasar payang... nasi berlauk ayam bakar... nasi dagang... akok.... dan ketupat sutong yang sampai sekarang masih menjadi idaman.... bila lagi nak kesana ye....

Citratus said...

Saya pun dok teringat kat nasi kerabu dan ayam bakar tu..

So, jom pi KT!

Anonymous said...

keropok lekor bukit tok beng meme sdap...wawawa...i like it very much...

Related Posts with Thumbnails